CUTI PERSEKOLAHAN BERMULA....

Assalamualaikum pembuka bicara..
Hai kawan-kawan. Eh lama sungguh kita tak ketemu dalam blogger yaa. Korang apa khabar ? sihat ? apa ? tak sihat ? alololo kalau tak sihat jangan lupa pergi jumpa doktor dan minta ubat tau. nanti makin teruk sakit korang tu.Eh korang nampak tak sawang-sawang dekat blog ana ni ? Hah kalau nampak kenapa taknak tolong bersihkan ? Apa ? Taknak tolong ? Alaaaa korang tolong lah ana sekali. kasihani lah ana. eh eh . huhu .. Jum ramai-ramai kita gotong-royong bersihkan my blogger. kihkih..

Korang cuti sekolah sudah bermulaa. yeaaaaaaaaaa :* korang suka tak ? tak suka ? aikk kenapa plak tak suka ? Biasanya budak sekolah ramai suka time cuti sekolah. Hah ana tahu kenapa korang tak suka. Mesti sebab tak boleh jumpa kengkawan kan ? hihi sama lah kita. kekadang bosan juga cuti sekola nie kan takde membe nak gosip,nak gaduh,nak bermanja ..Pelik lah time sekola kita nak cuti tapi time cuti kita nak sekola pulak. Ayoyoyo apadaaa.. Huhu..Korang buat apa je cuti sekola ni ? Ana ? ohh ana kerja dengan mak sedara ana je.. sebab kalau duduk rumah kerja ana 24jam mengunyah je maybe. mana tak gemuk kan. haish. teruk teruk teruk.. lagipun kerja nak cari duit .. nanti kalau dah ada duit senang lah nak hang out dengan kengkawan tak payah dah minta duit dengan abah. hah bagus kan ? hahahaa..

Eh how about your exam ? Exam ana hancur lebur terbabur .. dummmmm. hahaha. Seriously hancur sebab ada 1gagal.. gagalnya mata pelajaran yang paling ana tak minat iaitu GEO. Peliknya Sej pun ana tak minat tapi alhamdulillah tak gagal. Mesti kena turun kelas :'( tapiiiiii ana taknak turun kelas. wuaaaaa tolong ana plizz.Bak kata izzah 'alaa bukan mati pun gagal' dush mmg ar dia tk rasa bila ada gagal.Ana ni hah yang rasa gila hati berkecai. balik rumah menangis dekat izzul. kahkahkah Macam budak kecik ar mu ni ana XD .Tahun depan kena belajar serius jangan main-main lagi sebabnya tahun depan dah form3.. woahh kejapnya masa berlalu kan. Rasa tak puas je form2. seriously tak puas. boleh tak ana nak stay sampai bila-bila form2 ? hah kau mengarut menda ana. orang lain nak habis belajar cepat tapi kau taknak plak.. tambi betul. ahahahah.Tahun ni amat bermakna dari tahun lepas sebabnya ? sebabnya jengjengjeng.. Alhamdulillah ana masih bersama izzul. Sepanjang ana jadi form2 ni kan. Banyak kenangan manis dan pahit yang ana tak boleh lupa. Tahun ni ana lebih semangat belajar bm dan bi. hah tahun depan nak semangat belajar semua subjek tak boleh la ana fokus kan dua subjek tu je kan. :') Alhamdulillah tahun ni nilam ana dah capai pingat gangsa.. Dan alhamdulillah juga sebab ana dapat 'pengawas dedikasi 2013' terima kasih cikgu. waktu jamuan pengawas haritu tengah syok syok cakap dengan kengkawan tetiba nama ana naik . then tercengang kejap lepas tu baru amik hadiah tu. hikhik..

Waktu hari last persekolahan haritu :
datang sekolah macam biasa and then gosip dulu with my girls .Pukul 7.15 masuk bilik pengawas ambil buku jaga pagar .Pastu pergi tayang muka dekat izzul.hikhik Pukul 7.30 tepat pergi dekat pagar and jaga dengan kak shela,zahier dan khairi. waktu tu kami baik sebabnya orang yang datang lambat kami bagi masuk percuma. hahaha biasanya kena tulis nama tapi kami cakap 'hari last dah bagi je la diaorang masuk' hahaha baikkan kami ? kihkih.Kami juga jaga sampai pukul 8.00 .Biasanya jaga sampai pukul 7.50 je.Huhu. Lepas tu duduk kat tapak perhimpunan dengar cikgu bagi taklimat .Lepas habis taklimat tu masuk kelas dan bersihkan kelas masingmasing. kalau tak bersih kena tahan. Ana apa lagi belebel ar dekat budak kelas ana. Hahaha diaorang setiap hari dengan ana beleter pasal bertugas ni. kekadang diaorang terpaksa bertugas disebabkan ana paksa. Maafkan ana eh kengkawan. tapi ana nak kelas kita sentiasa ceria senanya. Ana suh budak yang bertugas hari jumaat tu menyapu tapi belaka pakat lari ke koridor. dan akhirnyaaaa :'( ana juga yang kena menyapu. hahaha tapi ana tak kesah langsung senanya. padan muka korang kena dengar ana menjerit 'weii angkat lah kerusi tu...' hahahahahha boooo booo. okay jahat...Then kelas kami bersih cantik dan bersinar. Menda mu ngarut ni ana. hahahaha.Okay baru korang boleh korang duduk tempat masing-masing. Lepas tu belajar agama sekejap. kami semua kena cubit sebabnya tak siap kerja yg ustazah bagi. tapi ...... time ustazah bagi kerja tu ana tak datang :'( dan ana tetap kena cubit. waaaaaa sakitt ada lagi ni hah tanda.Siapkan kerja ustazah ,lepas dah siap bercakap je la kerja nya. dah tak tahu nak buat apa. Biasanya geng ana baca komik tapi waktu tu tkde orang bawa komik.Tetiba ada budak mana datang kelas 2b dan cakap 'cikgu hazwani suruh ambil buku dekat bawah ' ouchh kami semua mengomel dan katakan tidak.. hahaha kenapa dapat buku awal sangat ? Hah baru teringat sebabnya dulu kami semua komplen buku tak cukup. kihkih.Lepas dapat buku kami buat pesta dalam kelas. hahaha Maaf lah siapa yang duduk kelas 2bes tahun depan sebabnya papan belakang tu semua conteng nama budak-budak 2bes 2013. heee. dan masa yang ditunggu-tunggu kan sudah datang .. kringggggggggg loceng tanda rehat sudah tiba. hihi.. tibanya kami meminta maaf antara satu sama lain. :') waktu tu taktahu lah kenapa ana nak buat drama airmata depan kengkawan. lepas tu wish birthday fahmi. Kami menuju ke kantin secara berjemaah dan makan beramai-ramai.Baca doa makan kuat-kuat orang lain tengok je. maaflah kami memang macam ni. Lepas dah siap makan semua tu menuju ke dewan wawasan . dengar cikgu belebel pasal menda pun ana taktahu. hahaha bukan dengar sangat pun dengan org dok tayang motor depan sekolah tu. bajet lawa motor tu . Eh maaf kepada pembaca yang ada tayang motor depan SEMSIS. huhu tapi serious tak lawa pun motor korang :p kihkih.Okay dah abes dan waktu balikkkkk.. Yeaaa. Cikgu suruh pengawas-pengawas jaga dekat pintu depan . Tapi cikgu lepaskan murid-murid lain dekat pintu tengah ? hah memenat je kami tunggu depan tu. Btw thanks to kak nurina sebab coklat tu. tetiba je ltak atas buku itew. malu kejap. kihkih....

Woiii panjang nya mu tulis ana. Eh ada saya kesah ? :p padan muka. sapa suruh scroll sampai bawah lagi kan dah penat membaca nya. takpa-takpa membaca tu kan budaya kita. Hahaha..Sila scroll lagi yea ;)

Ana nak ucapkan SELAMAT BERCUTI wahai kawan-kawan,pembaca blogger ini,haters ana,stalker ana. Eh bajet ramai peminat je mu ni ana. ramai benci mu ada ar .Booooo. Manfaatkan cuti korang dengan perkara yang berfaedah tau. Jangan duk merempit lah. kang excident hah sapa susah ? mak bapak korang lah. Ana tak susah pun bwelk :p Sapa suruh degil nak merempit .Baik duk rumah tolong mak hang tu kemas rumah. lagi bagus tau..Jangan bangun lewat kang mak korang bising pulak terutamanya anak dara tu.huhu..

Okay lah sampai disini sahaja. Hahah kesian pulak tengok korang duk semput baca blog ana. :p hihi terima kasih kerana melawat blogger ana yang tak seberapa ni. Blogger ni adalah tempat dimana ana meluahkan semua yang ana rasa nak luah. sebenarnya banyak lagi cerita suka duka yang nak dikongsikan tapi lain hari lah sebabnya tangan ana dah penat duk menaip ni hah dari tapi..Harap korang suka baca blogger ana. Ana just nak hiburkan korang je. jangan terasa apa-apa dalam blogger ni kay ;)

NUR FARHANA BINTI BAHARIM :D


 

RAYA RAYA RAYA !!!

*omeynyaaaaaa*
                                           Hye n Assalamualaikum ! How are you ? i'm fine.
     Eh nampak tak tittle tu ? Hah raya raya raya ! Hooooraaaaayyyyy. Amacam raya korang ? best ? tak ? hah ramai cakap raya tahun ni tak best. betul ke awak ? awakk saya tanya nie betul ke ? haha bagi ana raya tahun is awesome...Tahun nie gambira sebab dapat beraya dengan pakwe. Hehe tahun lepas ? i'm single :p

   Banyak dapat duit raya ? Hermmm mesti banyak kan kan ! Ana sikit jew tahun nie :'( Alhamdulillah sekarang duit raya dah ada rm220. still sikit. nak banyak macam tahun lepas boleh tak ? larhh baru ana ingat. Patut lah sikit jew tahun nie,korang tak bagi lagi duit raya dekat ana kan kan. Hahaha joke2.Tahun nie beraya sikit jew.

                                                                Raya Pertama :
    Bangun solat subuh then sambung tidur. hihihi. Pastu kul 8 baru bangun. *bagusnya anak dara nie* .Bangun2 si mamat izzul dah text . apak awal dia bangun. haha excited bebeno! lepas bangun pergi dapur basuh muka then makan. Haahah Ana ana. teruk betul hang nie..Mujur akak tolong gosokkan baju dan tudung ;) kalau tak kelam kabut lah gua nampaknya.Orang takbir raya baru ana dengan cousin berebut bilik air. Hahaha sebabnya nenek dah pesan awal2 'Tok balik surau semua dah siap ea. terus pergi kubur. kena pergi awal baru tak jem' .. Lepas dah mandi tu siap2 pakai tudung biasa dulu.. then ana pergi sambung makan. hah mana tak gemuk ana weiiii ! Dah siap makan pergi kubur :) Waktu pergi kubur tu sikit baru orang. Lepas dah melawat kubur arwah tokki dan arwah ayahlong kami balik.. Nak balik tu Ya Allah apak jemnya. Jengjengjeng . Akhirnyaaaaa sampai juga rumah ! Fuhhfuhh *lap peluh* ceh macam pergi jalan kaki plak ork. hahaha.Masuk rumah sambung makan lagi. hihihi .. Then sesi bersalaman dan bagi duit raya :) Orang dah ada dekt ruang tamu tapi ana masih ada dalam bilik. Lastly paklang jerit panggil 'farhana ... taknak duit raya ke ? ' hahaa of course lah nakkk. Selepas daripada itu,sesi bergambar oyeahhh Mahani's family nie memang hantu bergambar. Nak dekt 400 gambar dalam Nikon tu. nak tengok gambar ? hah tengok le..

Tok,abah,paklang n poksu.

Tok,abah,afiq,ana,paklang,farhana,irfan n poksu

Nur Farhana Bt Baharim.

Poksu,makcik,ana n kak fara

Paklang,afiq,kak tiqah,ana,makcik,zety,kak fara n poksu

keluarga ku :*

keluarga makndak :*

Keluarga maklong :*

keluarga paklang :*

tok with poksu ku yang masih belajar 

Anak-anak tok. Maklong ganti arwah ayahlong . :'( ada lagi 2 orang takde

cucu-cucu tok :* yang takde dalam gambar :
hakim,nabil,hadif,naufal,hadirah,hafiz,haziq n baby.

Menantu tok :*

gambar tok dengan arwah tokki..

raya kedua :
Macam biasa ana bangun kul 7 lebih. ngehngeh Tapi bangun-bangun takde pun mesej dari izzul. Hah membuta lagi rupanya dia. haha first raya jew semangat.. apadaaaa :p Lepas tu pergi dapur takde makanan so terus pergi bilik air dan mandi. hahhaha. Dah siap mandi pakai baju kurung lagi. Alahaiii senanya memang tak minat pakai baju kurung tapi kang nak pakai baju dengan seluar jeans ana jew sebe sebab perempuan semua pakai baju kurung. Terpaksa k terpaksa. hehe. tapi mujur baju kurung tu cantik. Hahaha ingat kan nak pakai jubah yang akak beli tu. tapi tapi tapi taknak lah..Lepas semua dah bersiap dengan pakaian yang comel comel. Kami bertolak pergi ke Pekan beraya di rumah tokngah,tokcik dan ayahbusu... Tu pun nenek kate 'bawa lah dyeorang pergi pekan tu. kesian takde kampung ' hahaha rumah dekat pekan semua adik beradik nenek. Tengok gamba je lah eh penat ar tangan ana niee. hihihi 

ana,zety n poksu :*

Akak with auni husna .:*

Kak tiqah,maklong n zety :*

Muhd afiq ikhwan :*

muhd afiq :* budak suka buad muka. huhu

Ana with zety :)

poksu n afiq :)

keluarga makcik. Happy family :)

ana dan auni. Eh mana mata ana menghilang ? haha tak nmpk mata un. 
alolololo omey nya auni senyum :* mcm kak ana lah auni. hahaa

ana with kak tiqah :)

ana dan abah ku yang perasan hensem tapi memang hensem. ahahah

poksu,nabila,ana,kak tiqah,ifa,akmal,lisa..

 
Abang dan adik. Hah muka pun nak dekat same dah ;)
Lepak lepas depan masjid pekan. haha sementara menunggu geng2 lelaki sembahyang jumaat


Happy Family :* sekali dengn tokngah n 2pupu ana.


Sampai disini saja cerita pada kali ini. kita sambung hari lain plak ea ea ? ana udah ngantuk dong ! Huhu

byebyebyebyebye assalamualaikum :**


Selamat hari raya :)


Hye . setelah sekian lama ku mendiamkan diri sekarang aku kembali :) 
Korang apa khabar ? Ana alhamdulillah sihat. hihi.Semakin sihat tau tau. Amacam puasa korang ? Okay ? Sapa yang tak puasa tak dapat duit raya. hehe...


Eh esok raya kan kan ? woahh rasa sekejap jew puasa tahun nie. tapi tapi Ana tetap rasa gembira sebab tahun nie dapat beraya dengan pakwe. hihihi dalam masa yang sama raya pertama tersangat sunyi sebab arwah ayahlong takde :'( hermm takpe lah Allah lebih sayangkan ayahlong. Tapi macam mana lah anak-anak arwah beraya tanpa ayah diaorang eh ? hermm mesti sedih kan. Kalau boleh Ana nak pergi dulu dari abah dengan mama..Kalau mereka pergi dulu macam mana Ana nak hidup ? herm .

Eh baju raya korang warna apa tahun nie ? Meh lah share dengan Ana. Alaaa jangan lah kedekut sangat. Kita kan kawan kan kan. huhu. Ana tahun nie warna biru :D Akhirnya abah terima juga cadangan ana untuk tema biru raya tahun nie . Dan ana gembira sangat-sangat sebab sama dengan izzul's family. Korang ...... Ana nak minta sesuatu boleh ? Hihihi Nak duit raya *tadah tangan* ;) alaaa korang boleh lah boleh lah. K fine tak tahu malu betul ana nie. Eh ana gurau je taw. Tapi kalau nak bagi pun apa salahnya .. Hihihi...SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN.

Maaf kan ana jikalau ana ada terkasar bahasa,terguris hati korang,terlawan cakap korang,dan ter ter ter lagi lah. Korang maafkan ana eh ? *buad muka comel* Setiap manusia ada kelemahan kan kan tiada manusia yang sempurna. Ana tahu ana ada buad salah dengan korang. maafkan lah ana. kita kan dah raya nie. Eh korang nak minta maaf dengan ana ? Ana dah lama maafkan korang pun :) 


to Izzul :
Maafkan saya kalau selama kita bersama saya ada buat salah dengan awak. Saya tahu saya banyak buat awak sakit hati,buat awak menangis sebab saya. tapi saya tak bermaksud nak buat semua tu pun :'( Saya harap awak maafkan saya. Seriously awak insan yang tersangat baik. Disebabkan awak saya semangat,disebabkan awak saya sentiasa gembira... Awak tahu tak ! awak dah banyak ubah hidup saya sayang . Saya sayang awak lebih daripada awak sayang saya faham ? Saya takkan pernah tinggalkan awak sebab apa ? Sebab saya sayang awak lah.. AWAKKKKK..... dengar tak nie ? SAYAAA SAYANG AWAKKKKKK ! Saya takkan pernah sia-siakan hubungan kita. Saya masih ingat waktu mula-mula awak nak pikat saya. Bila ingatkan balik rasa kelakar jew. Saya lebih suka cerita masalah saya dekat awak sebab awak seorang yang memahami. Awak seorang yang penyabar. Awak sabar dengan sikap saya .. Awak dah faham perasaan saya. Saya suka bila cara awak gerak saya waktu tido. Hahaha kesian dekat awak.. 'dah dah bangun pergi basuh muka. jangan nak tido dah lah tumbuk kang ' hewhew awak membebel macam nenek kebayan lah sayang :p eh jangan ngajuk iyea sayang intan payung ku :* Apapun ILOVEYOU,IMISSYOU,INEEDYOU. Awak tahu kenapa semua perkataan tu saya tulis dekat-dekat ? Sebab saya taknak orang lain masuk celah tu. Saya taknakkkkkkkkkkkkkk ! Dulu awak pernah cakap yang awak takpernah menangis sebab perempuan tapi sekarang awak selalu menangis sebab saya. Saya beruntung sangat dapat awak bie :* SELAMAT HARI RAYA bie. Eh duit raya sayang jangn lupa taw taw . hihi :p

to SIF :
Hye korang maafkan aku if aku ada salah dengan korang. Aku tahu aku banyak buat salah dengan korang. :) Selama 2tahun lebih kita berkawan . Kita sentiasa bersama,bergurau-senda dalam kelas. Hahaha aku masih ingat korang buli aku. Korang sengaje kena kan aku. Aku happy dapat kawan macam korang. thanks sebab sudi jadi sahabat aku :D Korang ingat tak waktu mula-mula kita fikirkan nama kumpulan kita ? haha itu lah ini lah. last-last SIF juga kita pilih kan :) haritu waktu sebelum aku operation kita gaduh besar kan ? tapi rupanya korang dah ada plan.. Haish ..Sampai hati korang. Sweet jew korang bagi coklat dan surat tu. Eh coklat dah abis aku makan tapi surat tu sentiasa ada. Hihihi. Thanks sangat-sangat. Lepas nie taknak gaduh-gaduh dah eh ? Aku sayang korang sesangat. Aku taknak kumpulan kita berpecah SIF sentiasa dihatiku. 

to 2bestari :
Koranggg ! Maafkan aku kalau aku ada buat salah ! Dah nak dekt 2tahun kita jadi family kan. Susah senang sentiasa bersama. Siapa sangka si khairi mata bulat tu periang rupanya. Hahaha. Aku minta maaf kalau ada nganjing korang tapi senanya hanya gurauan. Alaa normal ar tu ork ? Waktu aku sakit korang ambil berat,Waktu lepas aku operation semua sibuk berkumpul dekat meja aku tanya macam mana macam mana. haha omey jew. Eh aku ingat lagi waktu tu eksperimen sains dekat makmal fizik. Aku sakit telinga sampai menangis then korang tenang kan aku. Thanks friends . I love you all !

to adik dina,mira,fatin,nabila,huda,husna,salihah,afrina,alieya :
 Terima kasih sebab sudi terima akak jadi kakak angkat korang. Akak gembira sangat bila dengan korang . akak anggap korang macam adik akak sendiri. Akak taknak kehilangan adik-adik akak nie. Korang boleh janji dengan akak tak ? Jangan tinggalkan akak .. Maaf kan akak kalau akak ada buad salah dengan adik-adik akak nie. Nak duit raya ? datang rumah dulu nyaaa :p huhu. thanks ambil berat pasal akak :* ILOVEYOU ILOVEYOU ILOVEYOU !

SELAMAT HARI RAYA untuk korang-korang semua. Maafkan ana taw taw. ;)



HOLIDAY ♥

             Hey n Assalamualaikum :* Punya la lama kan ana tak update blog nie ! Heee berabuk dah.. Fuhhhhh fuhhhh *tiup habuk* . Okay,Korang apa khabar ? Sihat ? Kalau sihat alhamdulillah la.. Ana ? hermm macam biasa laa .Pening setiap hari :'( sobsobsob. How about your holidays ? okay ? k.o ? hewhew Ana ? okay je kowt. Hee ! Lagipun ana manfaatkan waktu cuti nie dengan kerja dekat kedai kek mak sedara. Bosan sebab takleh nak bercuti ke mana. Mama dan Abah ana busy dengan kerja dyeorg :'( Kakak ana plak dah bahagia mungkin duduk dekat penjara dia ! Huhu takde laa. Kakak ana dapat KMJ .:') Tahniah laaa . Eh korannnggggggggggg ! Minggu lepas birthday ana right ? hah apaa korang tak ingat ? :'( sampai hati korang.. Nanak kawan :'( Huhu joke joke. wanna to listen my story ? Ehh opsss wanna to read my story ? Hee terlupa plak yang ana sedang menaip bukan bercakap. wokay wokay jumm stroll ke bawah.

  Hari Ahad 26 Mei 2013 ,Pergi Johor sebabnya nak hantar kakak . Bangun pukul 6.30 . Lepas siap semuanya bergerak pukul 7.45 a.m.. Sebelum pergi jalan jauh mesti la kena sarapan dulu kan ? Nanti sakit perut pulak :') So ,kami singgah di kedai makan yang agak popular. Kedai ZAMAN... Erghhh bapak gila ramai nya orang dalam kedai tu,nak cari tempat duduk un susah. Pusing-pusing cari meja lastly dapat juga akhirnya .. Gembiraaa dan perut dendang lagu najwa latif 'kosong' hahah.Lepas makan tu kami meneruskan perjalanan yang jauh itu . Hahah semasa dalam perjalanan kerja ana makan,tido,makan tido jew.. Baguskan kan ? Abah pulak duk memekak dalam kereta tu. Abah pi pasang lagu saleem. hewhew. lepas habis lagu saleem tu ,Mama pasang cd ustaz azhar idrus. Yahoooooo. terus tak jadi nak tido. Semua terjagaa . Duk gelak-gelak dengar ustaz azhar tu ceramah. terbaik do.. Mujur jalan tak jam . Alhamdulillah ,bab abah lalu ikut jalan kampung :') Dalam pukul 12 tengah hari sampai la di johor, tapii abah ajak kami semua singgah pergi 'AIR TERJUN GUNUNG LEDANG'. Perghhhh terbaikkk ar tempat dia. Memang best. Ramai gila pengunjung yang datang. Tapii kami tak mandi pun, kami just tengok dyeorg semua main2 air then pergi la beli apa-apa yang menarik . Lepas tu kami pergi melawat kejap Kolej Matrik kakak. dekat je dgn air terjun tadi. Best arrr ! Lepas dah melawat tu pergi laa cari homestay. Hish semuanya homestay yang berdekatan takde kosong :'( Abah dalam kereta duk membebel macam nenek kebayan jew. Bhahha kali pertama dengar abah membebel. Agak melucukan.Lastly kami terpaksa pergi jauh . pergi sampai ke Muar. Dan jumpa sebuah hotel yang betul-betul terletak tengah bandar Muah :') terbaikkkkk ! Dan mama ambil 2 bilik. 1bilik untuk mama n abah dan satu lagi untuk ana n kakak. Lepas dah siap kemas,solat then abah ketuk pintu suruh siap untuk pergi makan ! Kami pun siap2 dan ana tak join pun dyeorg makan. just tengok jew. heee ! Agak ramai juga orang berada di bandar Muar tu !Lepas dah siap makan ,balik bilik lepak dalam bilik jew. Ya Allah waktu dekat situ laa izzul nak ajak gaduh nyaa :'( Dan mula la ana takde mood. Ana offkan phone sampai kengkawan yang lain mesej ana tak balas. Makan malam pun ana tak join dyeorg .

27 Mei 2013. Bangun awal pagi sebabnya kolej kakak jauh dari Muar nie. Lepas bangun ,mandi,solat . Hah baru ana teringat yang ana offkan phone semalam. Then cari phone bukak tengok berpuluh-puluh missed call dan mesej mengatakan ' sayang ,maafkan bie' hohoh waktu tu ana sakit lagi hati sampai kan sarapan pagi pun ana tak makan. Bhahaha katangkan kan. Biar pun perut dah berapa kali bunyi dan gastrik mula menyerang.. Lepas family ana dah siap makan ,kami berangkat untuk pergi ke Matrik kakak. Sampai je depan sekolah menengah *tak ingat nama* Jalan dah jam.. Ya Allahhhhh ! ramai nya orang.. Fuhhhhh. then cari parking punya la lama. Sejam kot cari lastly dapat juga akhirnya. Kakak dapat blok C tingkat 4. Woahhh tingkat atas sekali. Hahah kurus laa balik ni kakak ana. Lepas dah ambik kunci , Pergi dekat kereta balik ambik barang-barang kakak untuk bawa naik ke atas. Gila banyak barang kakak ! Macam taknak balik rumah dah. Hahaha Biasa laa orang excited kan. Fuhhh penat ! Dah la naik tangga then bawa barang yang banyak plak  tu ! Woahh... Sampai je dekat bilik kakak, Terduduk dekt katil kakak. ! Alhamdulillah kakak dapat katil dekat nan pintu bukan dekat nan tingkap. Sebab dulu makcik ana pernah cite ,dekat matrik negeri sembilan ada sorang makcik ni jual roti dekat tingkap then kawan makcik ana kate taknak ,lepas dia tutup tingkat, dia terpikir balik ni tingkat atas sekali mcm mane orang tu naik ? hohoh menyeramkan weiii ! kay,sambung balik ... Lepas tu ana tolong kakak pasangkan cadar ,kemas baju , meja belajar. Semua ana yang kemas, Kakak waktu tu pergi bawa sebab ada taklimat sikit. Ana n abah tolong apa yang patut. Lepas dah siap semua tu ada satu penguman 'Diminta semua ibu bapa untuk keluar dari bilik anak masing2 kerana  pendaftaran ke2 akan bermula tidak lama lagi ' So kami terpaksa pergi. Dalam kereta kan kan sapa sangka ana menangis ! Lalalallaalal.dan malam tu sampai la rumah :D Alhamdulillah selamat.
                                                        this, Ana dan kakak ana :')
28-30 Mei 2013. Ana tolong mak sedara dekat kedai kek dekat sungai isap jaya tu :') Alhamdulillah ana dah pandai buat roti dan belajar cara2 buat coklat ball. Yeheeeeee :** 3 hari tu penat gegila. Banyak sangat orang tempah roti ! Takpe2 kerja ,janji dapat gaji ;) heee. Balik rumah ana awal je tido,kekadang layan twitter kejap then tetido. Hahah mengantuk sangat. Izzul pun jarang mesej kalau ana kerja.. I miss him so much. :'(

31 Mei 2013. Hah hari yang dinanti-nantikan untuk ana :') Yahoooooo this is my birthday..Pepagi tu Izzul call suruh mandi semua sebb dia nak datang rumah hantar Hello Kitty yang tersangat la comel dan mahal ! Ya Allah dye sanggup habiskan duit dye. Hermm mula mula serba salah nak ambik sebab mahal sangat then ambik jelaaa orang dah bagi kan :') Lepas tu dye balik sebab ada kels tambhan sejarah dekat sekolah. Tunggu diaa ana boleh tertido plak. Hahha lawak seyh . Lepas tunggu lelaki tu solat jumaat ,kami siap-siap untuk pergi ke tc..Kul 3.00 abg iqbal ambik ana dengan hazwani,then pergi ambik syazaa plak :* Lepas tu kami pergi megamall sebab abang iqbal nak tukar barang . Lepasdah tukar barang semua tu kami terus ke TC. :') Sampai tc terus berpecah dengan abang iqbal. heee abang iqbal lepak dengan kawan dia. Lepas dari tu ana nampak izzul and the gang. Dalam hati time tu tak habis-habis puji izzul. he look very smart :* Jumpa tu ,then kengkawan izzul tukar baju untuk mandi pantai tu. opsss bukan pantai but laut. Mana ada orang nak mandi pasir right ? Hhaahha Tapi ana ,syazaa,hazwani,izzul,man tak mandi pun just tangkap gambar dan berborak jew. Hee i love you so much muhd fadhlan izzul :* Happy sangat time tu.. Lepas dyeorg dah penat semua perut ku mula berkeroncong ! Hah ana apa lagi ajak la izzul tu makan. Jalan2 dekat jambatan tu pastu ada sekor beruk nak lalu dekat sebelah ana laju jew izzul tolak ketepi sebelah kiri dia. hohoh dlm hati time tu cakap 'sayang juga izzul dekt aku' hewhew. Lepas tu kengkawan dia pergi toilet. Hah aku ,syazaa,izzul,hazwani n man bosan tunggu dyeorg ,Kami pergi jejalan ! time jejalan tu kepala berdenyut-denyut. Suruh la dyeorg berhenti dah duduk dekat batu2. Izzul dah mula risau dan Man plak boleh buat lawak bodoh diaa. Haish orang tengah sakit. Lepas dah okay sikit kami teruskan perjalanan *ceh macm jauh sngt perjalanan tu bhahahah* Jalan punya jalan tengok ramai budak-budak kecik main buih belon tu then cakap dekap syazaa ' syazaa nak belon mcm tu satu ' heee syazaa pun pergi laa belikan ,kami main same-same. Hee izzul tengok pun ana buat bodoh jew. seriously ,perangai ana memang macam tu ! Lepas dah penat main,tangkap gambar ,perut ana berbunyi laa :'( then mase tu dah pukul 6.45 . Abang iqbal plak dah datang. pastu cakap dekat abang iqbal nak pergi makan jap lapoooo.. Mula-mula ingatkan nak guna duit sendiri jew makn MCD time tu. Pastu izzul awal,awal hulur duit rm50 bagi dekat ana. Haishh susahkan diaa jew, Then lepas beratus abang iqbal plak dtg order burger. Hah mula tu abang iqbal bagi duit then izzul bagi balik dkt abang iqbal dan izzul belanja :') alolololo baiknya sayang saya nie. Izzul ni jenis ikut je apa yang ana nak makan. time tu ana tak lapar sangat tapi makan je la,Ana order nugget and izzul pun same. huhu. Lepas tu kami makan2 . Alololo romantik tau kami,ana n izzul main suap2 aiskrim heee.kami balik kul 8 malam. Hewhew time tu kengkawan izzul dah balik dan ana sengaje suh izzul balik sekali nan abang iqbal hee. boleh manja-manja nan dia lagi... Dan setibanya kami di rumah masing-masing :')

Abang Ejoo kita bagi Hello Kitty nie. Comel kan kan ! Dan Alhamdulillah kami dah 4bulan bersama :*

 Heee nie gambar candid . time tu tengah borak-borak nan izzul. Hah comel kan kan. hee ...

 Okay la kawan-kawan. Tangan dah peat menaip nya . Ada masa kita sambung lagi nyaa. Bubyee Assalamualaikum :*

Bahagia sentiasa ;)


Hye n Assalamualaikum ! Wootwoot.. Lama kan kan ana tak update blog nie. Fuhh Fuhhh !! *tiup habuk* heee... Korang apa khabar ? amacam sekolah ? okay ? hermmm Ana pening kepala dengan PBS yang ntah apa2 tu. Korangkorang kejap je kan dah masuk bulan 4 ? oyeahhh tak lama lagi bulan 5. Jangn lupa bagi hadiah tau tau !. huhu Eh sweet tak kami berdua tu ? hee


 Ana dengan Izzul alhamdulillah dah 2bulan 2hari. :) walaupun bru 2buln tapi kami rasa macam dah setahun sebab sweet sangat. Hee kekadang makcik Syazaa pun jeles tengok Ana dengan Izzul tu.. Ramai orang cakap Izzul ni pemalu. Betul ke ? Muahahha .Dia automatik jadi pemalu bila dengan orang yang dia tak berapa kenal tu. Tapi kalau dengan orang yang dia rapat mesti jadi gila-gila !. Seriously dia sweet sangat-sangat. Setiap hari kami berjumpa ! Nak tengok gambar-gambar kami ? meh kita tengok. Ana malas dah nk tulis.. penat-penat-penat ! huhuh

                           waktu ni kami tengah tengok orang main bola sepak. hee :*
                              Bhahaha waktu ni dia buat lawak ! k fine sakit perut gelak nan dia
                                 Alololololo. time nie Ana nak turun tapi tinggi sangat..
Hah time nie Izzul tengah check my phone ! Dia risau sangat Ana text dengn lelaki lain..




MY FRIENDS FOREVER :**
Ana sayang Izzah,Syazaa dan Sabrina sangat2. :) diaorang sahabat Ana,kakak Ana dan juga musuh Ana. huhuhu. Diaorang baik sesangat. Suka lepak nan dyeorg... :**
                                                           NUR SYAZAA ALYAA :*
                                                 Waktu pagi sebelum pergi sekolah Bhahah bergambar dulu ;)
                                                         Syazaa,Ana dan Izzah ;)
                                                       kami lagi :*
                                                                                  dan kami lagi :*
                             Happy dapat tido dengn diaorang,lepak sesama,buat kerja sekola sesama. Sampaikan mama kata kami nie adik-beradik dah. Takleh berenggang langsung. heee
                                                                 Nurul Sabrina Hafiza :*
                                                                          Syazaa n Izzah
Ana dan Sabrina ;)

Yeayeayeayea k Ana malas arr nak tulis panjang-panjang.. Tangan sakit :( tunggu lepas operation baru lah Ana boleh type panjang-panjang macam selama nie. Eh Kenapa Ana operation ? Lorh korang tak tahu ke ? Dekat pergelangan belah kiri Ana ada ketumbuhan.. Doktor kata kalau tak operate dia makin lama makin membesar. Kalau makin lama makin membesar macm mane Ana nak menuliskan kan. Dah lah Ana tangan kiri. Hee Kidal ;) 

Okay lah korang :* Ana dah penatttt !! Bye n Assalamualaikum. See you again :** Muahmuahmuah untuk Izzul yang tersayang. heee

tralalalala


Hey n Assalamualaikum :) Korang apa khabar ? Ana ? Alhamdulillah sihat sejahtera. Ana harap korang sihat juga k .. Eh nampak tak gambar yang berada di atas tu ? Hah tu lah kami .. S.I.F iaitu syazaa,izzah dan farhana :) Kami sahabat sejati yang sentiasa ada tak kira waktu. Sampai kan cikgu pun kata ' korang bertiga nie langsung tak boleh berpisah ' hee itu lah sahabat right ? Kami masing2 ada kelemahan tersendiri . Kami sentiasa tolong antara satu sama lain. Eh korang jangan ingat kiteorang ni tak pernah bergaduh tau. Kami sentiasa bergaduh tapi normal lah kan gaduh kejap pastu baik lah semula. hee Apa pun Ana sayang Dyeorang sesangat. !!!

EH !!! siapa plak mamat nie ? hermm korang nak tahu ke siapa dia ? Kalau yang dah tahu tu baca je lah. heee. Hah dia lah my keding :) Nama dia Muhd Fadhlan Izzul bin Ahmad Kamal .Cuba teka umur dia berapa ? 13 ? 14 ? hah salah salah. Dia lagi tua dari Ana lah. hee Umur dia 15 tahun..Gambar di atas semasa dia berumur 13 tahun. Hahha Ana curi dekat FB kak Mia . Seriously kami baru jew kenal pada tahun ni. Hah bia pun belajar di sekolah yang sama. Hee . Itu pun si Ali yang kenal kan .. Kalau tak kami mungkin takkan macam sekarang kowt. Sebab dulu kami tak pernah kenal satu sama lain pun. Kami menyombongkan diri.. Dia tersangat lah baik,comel,handsome,carring,sweet dan banyak lagi lah. Sehari tak buat ana tersenyum memang tak sah mamat nie. Huhuhu .

Macam mane kami kenal ? Di mana kami terserempak ? Hah lekluu nak cerita lah nie. aduyaii tak reti nak bersabar ke hah ? Eh okayokay mohh kita bace ;)

Ana kenal dengan dia daripada kawan Ana juga. Si Ali yang telah menolong Ana untuk kenal Izzul dengn lebih rapat. Ana terserempak dengan izzul dekat pasar malam sungai isap jaya. Waktu tu ya Allah cair nya Ana bila tengok dia berbaju melayu !! Melting k melting. hee. Lepas pada tu Ana selalu sangat tanya berkenaan dia dekat Ali. Pada waktu tu Ali cakap dia couple dengan Najwa dan waktu tu juga ana dah mula give up sebab ana tak nak nganggu hubungan orang. Nanti ana digelar perampas. Okay ana tak suka tittle tu...Lama tu ana dah tak tanya berkenaan dia dekat Ali. tapi pada hari jumaat tu Ali tanya 'wei Farhana kau taknak ke nombor dia ?' dan ana mula tertanya nombor siapa. ? lame tu baru ana ingat 'Oh nombor mamat handsome tu ke' Pastu Ana tanye dekat ali 'eh bukan dia couple dengan najwa ke ? aku tak nak arr dia. aku taknak digelar perampas pakwe orang. ' Ali pun cakap arr ' Izzul dengan Najwa dah putus lah. ' Dan waktu tu ana dah tersenyum tapii serba salah plak . Pastu ana jawab je lah 'nakk' nombor izzul tu tapi ana nak anggap dia sebagai kawan je waktu tu. Tapi Ali tipuu :'( hahaah Ali tak bagi pun nombor izzul. waktu tu ana dah kecewa dengan Ali . tapi ana senyap jew buat macam tak tahu apa2. Balik sekolah ana tertido sebab terlalu penat ..Ana xboleh terlalu penat nanti ana akan jatuh sakit. So balik tu terus masuk bilik tido.. Ana terjaga dari tido sebabnya bunyi phone tengok-tengok ada satu mesej.Ana tertanya juga siapa eh nombor nie. Mula mula memang malas nak layan pastu rasa serba salah plak ana pun tanye lah name sape semua tu. Dan terbukti nombor Izzul. Hah waktu tu ana dah melompat-lompat atas katil. heee .Pastu tengah rancak mesej malam tu tetiba dia baru tanye ' Eh awk takde pakwe ?' Dalam hati ana dah mula rasa sedihh !! Ana just jawab 'Saya dah lame single la awak' Hermm krik krik krik... *cengkerik lalu* heee.Tetiba pukul 11.30 dia anta mesej sweet sweet dan cakap ' Awak nak jadi makwe saya ' Eh Ana apa lagi heeee... Okay korang paham paham je la ana jawab apa kan kan. *peace* Dan Alhamdulillah kami dah bersama selama hampir 2 bulan.. Seriously happy bersama dia.. Kami ada kate tersendiri.. nak tahu ??
'apa-apa yang berlaku terhadap kita . Kita takkan terpisah kan ? Kalau bergaduh kita selesaikan sesama dengan cara yang elok. Dan satu lagi taknak ada satu rahsia pun yang tersirat pada kita berdua..
Hah nie adalah salah satu perjanjian kami. Korang saksi eh eh. heee :) Korang nak tahu semenjak seminggu dua nie kan kan .Izzul selalu datang rumah nak lepak sesama.. K dia dah tak segan dengan Ana. kalau tak memang payah gila ar nak jumpa dengan mamat pemalu tu. huhuhu . 


K lah. Ana nie dah macam buat karangan dah. Heee apapun ana nak cakap ana happy sesangat bersama Izzul. Hope hubungan kami hingga ke akhir hayat.. Ana sayang dia sesangat. Ana taknak kehilangan dia. Korang jangan rampas dia eh eh. okay lah Bubye. Ada mase ana udpate lagi. k Assalamualaikum kawan... :**