CUTI PERSEKOLAHAN BERMULA....

Assalamualaikum pembuka bicara..
Hai kawan-kawan. Eh lama sungguh kita tak ketemu dalam blogger yaa. Korang apa khabar ? sihat ? apa ? tak sihat ? alololo kalau tak sihat jangan lupa pergi jumpa doktor dan minta ubat tau. nanti makin teruk sakit korang tu.Eh korang nampak tak sawang-sawang dekat blog ana ni ? Hah kalau nampak kenapa taknak tolong bersihkan ? Apa ? Taknak tolong ? Alaaaa korang tolong lah ana sekali. kasihani lah ana. eh eh . huhu .. Jum ramai-ramai kita gotong-royong bersihkan my blogger. kihkih..

Korang cuti sekolah sudah bermulaa. yeaaaaaaaaaa :* korang suka tak ? tak suka ? aikk kenapa plak tak suka ? Biasanya budak sekolah ramai suka time cuti sekolah. Hah ana tahu kenapa korang tak suka. Mesti sebab tak boleh jumpa kengkawan kan ? hihi sama lah kita. kekadang bosan juga cuti sekola nie kan takde membe nak gosip,nak gaduh,nak bermanja ..Pelik lah time sekola kita nak cuti tapi time cuti kita nak sekola pulak. Ayoyoyo apadaaa.. Huhu..Korang buat apa je cuti sekola ni ? Ana ? ohh ana kerja dengan mak sedara ana je.. sebab kalau duduk rumah kerja ana 24jam mengunyah je maybe. mana tak gemuk kan. haish. teruk teruk teruk.. lagipun kerja nak cari duit .. nanti kalau dah ada duit senang lah nak hang out dengan kengkawan tak payah dah minta duit dengan abah. hah bagus kan ? hahahaa..

Eh how about your exam ? Exam ana hancur lebur terbabur .. dummmmm. hahaha. Seriously hancur sebab ada 1gagal.. gagalnya mata pelajaran yang paling ana tak minat iaitu GEO. Peliknya Sej pun ana tak minat tapi alhamdulillah tak gagal. Mesti kena turun kelas :'( tapiiiiii ana taknak turun kelas. wuaaaaa tolong ana plizz.Bak kata izzah 'alaa bukan mati pun gagal' dush mmg ar dia tk rasa bila ada gagal.Ana ni hah yang rasa gila hati berkecai. balik rumah menangis dekat izzul. kahkahkah Macam budak kecik ar mu ni ana XD .Tahun depan kena belajar serius jangan main-main lagi sebabnya tahun depan dah form3.. woahh kejapnya masa berlalu kan. Rasa tak puas je form2. seriously tak puas. boleh tak ana nak stay sampai bila-bila form2 ? hah kau mengarut menda ana. orang lain nak habis belajar cepat tapi kau taknak plak.. tambi betul. ahahahah.Tahun ni amat bermakna dari tahun lepas sebabnya ? sebabnya jengjengjeng.. Alhamdulillah ana masih bersama izzul. Sepanjang ana jadi form2 ni kan. Banyak kenangan manis dan pahit yang ana tak boleh lupa. Tahun ni ana lebih semangat belajar bm dan bi. hah tahun depan nak semangat belajar semua subjek tak boleh la ana fokus kan dua subjek tu je kan. :') Alhamdulillah tahun ni nilam ana dah capai pingat gangsa.. Dan alhamdulillah juga sebab ana dapat 'pengawas dedikasi 2013' terima kasih cikgu. waktu jamuan pengawas haritu tengah syok syok cakap dengan kengkawan tetiba nama ana naik . then tercengang kejap lepas tu baru amik hadiah tu. hikhik..

Waktu hari last persekolahan haritu :
datang sekolah macam biasa and then gosip dulu with my girls .Pukul 7.15 masuk bilik pengawas ambil buku jaga pagar .Pastu pergi tayang muka dekat izzul.hikhik Pukul 7.30 tepat pergi dekat pagar and jaga dengan kak shela,zahier dan khairi. waktu tu kami baik sebabnya orang yang datang lambat kami bagi masuk percuma. hahaha biasanya kena tulis nama tapi kami cakap 'hari last dah bagi je la diaorang masuk' hahaha baikkan kami ? kihkih.Kami juga jaga sampai pukul 8.00 .Biasanya jaga sampai pukul 7.50 je.Huhu. Lepas tu duduk kat tapak perhimpunan dengar cikgu bagi taklimat .Lepas habis taklimat tu masuk kelas dan bersihkan kelas masingmasing. kalau tak bersih kena tahan. Ana apa lagi belebel ar dekat budak kelas ana. Hahaha diaorang setiap hari dengan ana beleter pasal bertugas ni. kekadang diaorang terpaksa bertugas disebabkan ana paksa. Maafkan ana eh kengkawan. tapi ana nak kelas kita sentiasa ceria senanya. Ana suh budak yang bertugas hari jumaat tu menyapu tapi belaka pakat lari ke koridor. dan akhirnyaaaa :'( ana juga yang kena menyapu. hahaha tapi ana tak kesah langsung senanya. padan muka korang kena dengar ana menjerit 'weii angkat lah kerusi tu...' hahahahahha boooo booo. okay jahat...Then kelas kami bersih cantik dan bersinar. Menda mu ngarut ni ana. hahahaha.Okay baru korang boleh korang duduk tempat masing-masing. Lepas tu belajar agama sekejap. kami semua kena cubit sebabnya tak siap kerja yg ustazah bagi. tapi ...... time ustazah bagi kerja tu ana tak datang :'( dan ana tetap kena cubit. waaaaaa sakitt ada lagi ni hah tanda.Siapkan kerja ustazah ,lepas dah siap bercakap je la kerja nya. dah tak tahu nak buat apa. Biasanya geng ana baca komik tapi waktu tu tkde orang bawa komik.Tetiba ada budak mana datang kelas 2b dan cakap 'cikgu hazwani suruh ambil buku dekat bawah ' ouchh kami semua mengomel dan katakan tidak.. hahaha kenapa dapat buku awal sangat ? Hah baru teringat sebabnya dulu kami semua komplen buku tak cukup. kihkih.Lepas dapat buku kami buat pesta dalam kelas. hahaha Maaf lah siapa yang duduk kelas 2bes tahun depan sebabnya papan belakang tu semua conteng nama budak-budak 2bes 2013. heee. dan masa yang ditunggu-tunggu kan sudah datang .. kringggggggggg loceng tanda rehat sudah tiba. hihi.. tibanya kami meminta maaf antara satu sama lain. :') waktu tu taktahu lah kenapa ana nak buat drama airmata depan kengkawan. lepas tu wish birthday fahmi. Kami menuju ke kantin secara berjemaah dan makan beramai-ramai.Baca doa makan kuat-kuat orang lain tengok je. maaflah kami memang macam ni. Lepas dah siap makan semua tu menuju ke dewan wawasan . dengar cikgu belebel pasal menda pun ana taktahu. hahaha bukan dengar sangat pun dengan org dok tayang motor depan sekolah tu. bajet lawa motor tu . Eh maaf kepada pembaca yang ada tayang motor depan SEMSIS. huhu tapi serious tak lawa pun motor korang :p kihkih.Okay dah abes dan waktu balikkkkk.. Yeaaa. Cikgu suruh pengawas-pengawas jaga dekat pintu depan . Tapi cikgu lepaskan murid-murid lain dekat pintu tengah ? hah memenat je kami tunggu depan tu. Btw thanks to kak nurina sebab coklat tu. tetiba je ltak atas buku itew. malu kejap. kihkih....

Woiii panjang nya mu tulis ana. Eh ada saya kesah ? :p padan muka. sapa suruh scroll sampai bawah lagi kan dah penat membaca nya. takpa-takpa membaca tu kan budaya kita. Hahaha..Sila scroll lagi yea ;)

Ana nak ucapkan SELAMAT BERCUTI wahai kawan-kawan,pembaca blogger ini,haters ana,stalker ana. Eh bajet ramai peminat je mu ni ana. ramai benci mu ada ar .Booooo. Manfaatkan cuti korang dengan perkara yang berfaedah tau. Jangan duk merempit lah. kang excident hah sapa susah ? mak bapak korang lah. Ana tak susah pun bwelk :p Sapa suruh degil nak merempit .Baik duk rumah tolong mak hang tu kemas rumah. lagi bagus tau..Jangan bangun lewat kang mak korang bising pulak terutamanya anak dara tu.huhu..

Okay lah sampai disini sahaja. Hahah kesian pulak tengok korang duk semput baca blog ana. :p hihi terima kasih kerana melawat blogger ana yang tak seberapa ni. Blogger ni adalah tempat dimana ana meluahkan semua yang ana rasa nak luah. sebenarnya banyak lagi cerita suka duka yang nak dikongsikan tapi lain hari lah sebabnya tangan ana dah penat duk menaip ni hah dari tapi..Harap korang suka baca blogger ana. Ana just nak hiburkan korang je. jangan terasa apa-apa dalam blogger ni kay ;)

NUR FARHANA BINTI BAHARIM :D