HOLIDAY ♥

             Hey n Assalamualaikum :* Punya la lama kan ana tak update blog nie ! Heee berabuk dah.. Fuhhhhh fuhhhh *tiup habuk* . Okay,Korang apa khabar ? Sihat ? Kalau sihat alhamdulillah la.. Ana ? hermm macam biasa laa .Pening setiap hari :'( sobsobsob. How about your holidays ? okay ? k.o ? hewhew Ana ? okay je kowt. Hee ! Lagipun ana manfaatkan waktu cuti nie dengan kerja dekat kedai kek mak sedara. Bosan sebab takleh nak bercuti ke mana. Mama dan Abah ana busy dengan kerja dyeorg :'( Kakak ana plak dah bahagia mungkin duduk dekat penjara dia ! Huhu takde laa. Kakak ana dapat KMJ .:') Tahniah laaa . Eh korannnggggggggggg ! Minggu lepas birthday ana right ? hah apaa korang tak ingat ? :'( sampai hati korang.. Nanak kawan :'( Huhu joke joke. wanna to listen my story ? Ehh opsss wanna to read my story ? Hee terlupa plak yang ana sedang menaip bukan bercakap. wokay wokay jumm stroll ke bawah.

  Hari Ahad 26 Mei 2013 ,Pergi Johor sebabnya nak hantar kakak . Bangun pukul 6.30 . Lepas siap semuanya bergerak pukul 7.45 a.m.. Sebelum pergi jalan jauh mesti la kena sarapan dulu kan ? Nanti sakit perut pulak :') So ,kami singgah di kedai makan yang agak popular. Kedai ZAMAN... Erghhh bapak gila ramai nya orang dalam kedai tu,nak cari tempat duduk un susah. Pusing-pusing cari meja lastly dapat juga akhirnya .. Gembiraaa dan perut dendang lagu najwa latif 'kosong' hahah.Lepas makan tu kami meneruskan perjalanan yang jauh itu . Hahah semasa dalam perjalanan kerja ana makan,tido,makan tido jew.. Baguskan kan ? Abah pulak duk memekak dalam kereta tu. Abah pi pasang lagu saleem. hewhew. lepas habis lagu saleem tu ,Mama pasang cd ustaz azhar idrus. Yahoooooo. terus tak jadi nak tido. Semua terjagaa . Duk gelak-gelak dengar ustaz azhar tu ceramah. terbaik do.. Mujur jalan tak jam . Alhamdulillah ,bab abah lalu ikut jalan kampung :') Dalam pukul 12 tengah hari sampai la di johor, tapii abah ajak kami semua singgah pergi 'AIR TERJUN GUNUNG LEDANG'. Perghhhh terbaikkk ar tempat dia. Memang best. Ramai gila pengunjung yang datang. Tapii kami tak mandi pun, kami just tengok dyeorg semua main2 air then pergi la beli apa-apa yang menarik . Lepas tu kami pergi melawat kejap Kolej Matrik kakak. dekat je dgn air terjun tadi. Best arrr ! Lepas dah melawat tu pergi laa cari homestay. Hish semuanya homestay yang berdekatan takde kosong :'( Abah dalam kereta duk membebel macam nenek kebayan jew. Bhahha kali pertama dengar abah membebel. Agak melucukan.Lastly kami terpaksa pergi jauh . pergi sampai ke Muar. Dan jumpa sebuah hotel yang betul-betul terletak tengah bandar Muah :') terbaikkkkk ! Dan mama ambil 2 bilik. 1bilik untuk mama n abah dan satu lagi untuk ana n kakak. Lepas dah siap kemas,solat then abah ketuk pintu suruh siap untuk pergi makan ! Kami pun siap2 dan ana tak join pun dyeorg makan. just tengok jew. heee ! Agak ramai juga orang berada di bandar Muar tu !Lepas dah siap makan ,balik bilik lepak dalam bilik jew. Ya Allah waktu dekat situ laa izzul nak ajak gaduh nyaa :'( Dan mula la ana takde mood. Ana offkan phone sampai kengkawan yang lain mesej ana tak balas. Makan malam pun ana tak join dyeorg .

27 Mei 2013. Bangun awal pagi sebabnya kolej kakak jauh dari Muar nie. Lepas bangun ,mandi,solat . Hah baru ana teringat yang ana offkan phone semalam. Then cari phone bukak tengok berpuluh-puluh missed call dan mesej mengatakan ' sayang ,maafkan bie' hohoh waktu tu ana sakit lagi hati sampai kan sarapan pagi pun ana tak makan. Bhahaha katangkan kan. Biar pun perut dah berapa kali bunyi dan gastrik mula menyerang.. Lepas family ana dah siap makan ,kami berangkat untuk pergi ke Matrik kakak. Sampai je depan sekolah menengah *tak ingat nama* Jalan dah jam.. Ya Allahhhhh ! ramai nya orang.. Fuhhhhh. then cari parking punya la lama. Sejam kot cari lastly dapat juga akhirnya. Kakak dapat blok C tingkat 4. Woahhh tingkat atas sekali. Hahah kurus laa balik ni kakak ana. Lepas dah ambik kunci , Pergi dekat kereta balik ambik barang-barang kakak untuk bawa naik ke atas. Gila banyak barang kakak ! Macam taknak balik rumah dah. Hahaha Biasa laa orang excited kan. Fuhhh penat ! Dah la naik tangga then bawa barang yang banyak plak  tu ! Woahh... Sampai je dekat bilik kakak, Terduduk dekt katil kakak. ! Alhamdulillah kakak dapat katil dekat nan pintu bukan dekat nan tingkap. Sebab dulu makcik ana pernah cite ,dekat matrik negeri sembilan ada sorang makcik ni jual roti dekat tingkap then kawan makcik ana kate taknak ,lepas dia tutup tingkat, dia terpikir balik ni tingkat atas sekali mcm mane orang tu naik ? hohoh menyeramkan weiii ! kay,sambung balik ... Lepas tu ana tolong kakak pasangkan cadar ,kemas baju , meja belajar. Semua ana yang kemas, Kakak waktu tu pergi bawa sebab ada taklimat sikit. Ana n abah tolong apa yang patut. Lepas dah siap semua tu ada satu penguman 'Diminta semua ibu bapa untuk keluar dari bilik anak masing2 kerana  pendaftaran ke2 akan bermula tidak lama lagi ' So kami terpaksa pergi. Dalam kereta kan kan sapa sangka ana menangis ! Lalalallaalal.dan malam tu sampai la rumah :D Alhamdulillah selamat.
                                                        this, Ana dan kakak ana :')
28-30 Mei 2013. Ana tolong mak sedara dekat kedai kek dekat sungai isap jaya tu :') Alhamdulillah ana dah pandai buat roti dan belajar cara2 buat coklat ball. Yeheeeeee :** 3 hari tu penat gegila. Banyak sangat orang tempah roti ! Takpe2 kerja ,janji dapat gaji ;) heee. Balik rumah ana awal je tido,kekadang layan twitter kejap then tetido. Hahah mengantuk sangat. Izzul pun jarang mesej kalau ana kerja.. I miss him so much. :'(

31 Mei 2013. Hah hari yang dinanti-nantikan untuk ana :') Yahoooooo this is my birthday..Pepagi tu Izzul call suruh mandi semua sebb dia nak datang rumah hantar Hello Kitty yang tersangat la comel dan mahal ! Ya Allah dye sanggup habiskan duit dye. Hermm mula mula serba salah nak ambik sebab mahal sangat then ambik jelaaa orang dah bagi kan :') Lepas tu dye balik sebab ada kels tambhan sejarah dekat sekolah. Tunggu diaa ana boleh tertido plak. Hahha lawak seyh . Lepas tunggu lelaki tu solat jumaat ,kami siap-siap untuk pergi ke tc..Kul 3.00 abg iqbal ambik ana dengan hazwani,then pergi ambik syazaa plak :* Lepas tu kami pergi megamall sebab abang iqbal nak tukar barang . Lepasdah tukar barang semua tu kami terus ke TC. :') Sampai tc terus berpecah dengan abang iqbal. heee abang iqbal lepak dengan kawan dia. Lepas dari tu ana nampak izzul and the gang. Dalam hati time tu tak habis-habis puji izzul. he look very smart :* Jumpa tu ,then kengkawan izzul tukar baju untuk mandi pantai tu. opsss bukan pantai but laut. Mana ada orang nak mandi pasir right ? Hhaahha Tapi ana ,syazaa,hazwani,izzul,man tak mandi pun just tangkap gambar dan berborak jew. Hee i love you so much muhd fadhlan izzul :* Happy sangat time tu.. Lepas dyeorg dah penat semua perut ku mula berkeroncong ! Hah ana apa lagi ajak la izzul tu makan. Jalan2 dekat jambatan tu pastu ada sekor beruk nak lalu dekat sebelah ana laju jew izzul tolak ketepi sebelah kiri dia. hohoh dlm hati time tu cakap 'sayang juga izzul dekt aku' hewhew. Lepas tu kengkawan dia pergi toilet. Hah aku ,syazaa,izzul,hazwani n man bosan tunggu dyeorg ,Kami pergi jejalan ! time jejalan tu kepala berdenyut-denyut. Suruh la dyeorg berhenti dah duduk dekat batu2. Izzul dah mula risau dan Man plak boleh buat lawak bodoh diaa. Haish orang tengah sakit. Lepas dah okay sikit kami teruskan perjalanan *ceh macm jauh sngt perjalanan tu bhahahah* Jalan punya jalan tengok ramai budak-budak kecik main buih belon tu then cakap dekap syazaa ' syazaa nak belon mcm tu satu ' heee syazaa pun pergi laa belikan ,kami main same-same. Hee izzul tengok pun ana buat bodoh jew. seriously ,perangai ana memang macam tu ! Lepas dah penat main,tangkap gambar ,perut ana berbunyi laa :'( then mase tu dah pukul 6.45 . Abang iqbal plak dah datang. pastu cakap dekat abang iqbal nak pergi makan jap lapoooo.. Mula-mula ingatkan nak guna duit sendiri jew makn MCD time tu. Pastu izzul awal,awal hulur duit rm50 bagi dekat ana. Haishh susahkan diaa jew, Then lepas beratus abang iqbal plak dtg order burger. Hah mula tu abang iqbal bagi duit then izzul bagi balik dkt abang iqbal dan izzul belanja :') alolololo baiknya sayang saya nie. Izzul ni jenis ikut je apa yang ana nak makan. time tu ana tak lapar sangat tapi makan je la,Ana order nugget and izzul pun same. huhu. Lepas tu kami makan2 . Alololo romantik tau kami,ana n izzul main suap2 aiskrim heee.kami balik kul 8 malam. Hewhew time tu kengkawan izzul dah balik dan ana sengaje suh izzul balik sekali nan abang iqbal hee. boleh manja-manja nan dia lagi... Dan setibanya kami di rumah masing-masing :')

Abang Ejoo kita bagi Hello Kitty nie. Comel kan kan ! Dan Alhamdulillah kami dah 4bulan bersama :*

 Heee nie gambar candid . time tu tengah borak-borak nan izzul. Hah comel kan kan. hee ...

 Okay la kawan-kawan. Tangan dah peat menaip nya . Ada masa kita sambung lagi nyaa. Bubyee Assalamualaikum :*